Sunday, July 12, 2009

berat badan yang tak ideal...

semalam aku pergi buat 'medical check up' dan x-ray di sebuah klinik swasta yang berhampiran umah aku di Telok...abis juga la rm100...sebelum ni sepatutnya aku buat pemeriksaan kat UPSI je tapi disebabkan masalah teknikal terpaksa aku mencari klinik luar...nasib baik boleh dibuat kat klinik swasta kalau tidak, lambat pula la nak dapat keputusannya...

Rasa tak selesa juga buat x-ray semalam sebab doktor lelaki...tapi dah terlanjur aku dah daftar di situ aku terpaksa redha..nasib baik doktor tu dah profesional sekejap je siap...masa medical check up aku ajak hubby aku temankan..ya la untuk menjadi penyokongku hihi2...antara babak yang aku tak dapat lupakan, bila doktor tu maklumkan kat aku, yang dia tak dapat nak baca BMI aku...bayangkan dengan ketinggian aku 153cm dan berat aku lak 40kg saja...belum sempat doktor itu cakap pun aku dah jangka benda ni...aku mengalami masalah berat badan...tapi aku bukan pengidap anaroksia dan jauh sekali bukan bulimia sebab aku suka makan...

Aku rasa faktor pil perancang yang aku makan menyebabkan berat badan aku tak naik...aku rasa camtu sebab baru-baru ni aku ada la terjumpa petikan mengenai pil perancang, antara kesan pil tersebut keatas badan seseorang ialah boleh menambahkan berat badan dan juga boleh sebaliknya...aku cakap la kat doktor yang membuat pemeriksaan kesihatan aku tu..aku beritahu la yang sekarang aku makan pil perancang yang bukan kombinasi (hanya ada progestin) iaitu microlut..lebih kurang sama dengan pil yang aku makan sebelum ni noriday...aku makan pil tersebut sebab tekanan darah aku tinggi sikit jadi aku disarankan ambil microlut...tapi semalam doktor tu periksa tekanan darah aku ok je 110/80...dia sarankan aku cuba makan pil lain iaitu minulex (aku main bantai je ejaan tu) atau marvelon..tunggu la dulu sampai aku habis makan microlut...

Paling aku gembira..aku disahkan sihat...plan aku sekarang ialah menambahkan berat badan dan mendapatkan BMI yang ideal...

3 comments:

ctkini said...

kurusnya.tu berat badan aku masa anok daro dulu,tapi loni...mu nak cikit nanti aku pos.apo pun x per le asal badan chat.

mek da ©™ said...

xper sihat kan....

ctlinda said...

utk bonda n ida: sihat cuma kulit xberseri hihi2..