Friday, October 10, 2014

Belated birthday untuk Irfan dan Firas...


Ni semalam punya cerita...haha2..teruknye aku ni,dah la belated sambut birthday anak-anak,sambut lak memang ala kadar, pahtu share lak 1 kek utk 2 orang... memang cukup syarat je la..ada kek, potong dan makan..tu je...sorry anak-anak kesayangan ibu Irfan dan Firas..tahun ni ibu dan abah tak sempat nak beli kek pada hari kejadian yg sepatutnya...tapi ibu cuba penuhkan impian abg Irfan yg nak kek untuk birthday nye...terasa teruknya diriku ini :(

Tarikh lahir Irfan b. Ahmad Sadli 24 Julai 2008
Tarikh lahir Firas b. Ahmad Sadli 18 Mei 2013

Ibu doakan agar Irfan dan Firas menjadi anak-anak yang soleh, yang sihat dan cemerlang di dunia dan akhirat kelak..aamiin. .

P/s: kek tu perisa strawberry chesee cake..aku beli di kedai kek Segar fasa 4 Tambahan Bangi..rm54...not bad la rasa keknya..tapi next time tak nak dah beli kek tu, Irfan tak makan sangat, maybe aku boleh try marble cheese kek nya kot..sebab aku try kek tu cam better ckit rasanye dari kek aku beli...kek buah-buahan dia pun sedap gak..tapi semalam tak ada kek tu...

Thursday, October 09, 2014

Aktiviti Pendidikan Jasmani murid-muridku...

hari ini kami melakukan aktiviti membaling gelung dalam skitel...

Seronok nampak murid-muridku bermain...objektif kami and the geng hari ni agar murid boleh baling gelung masuk ke dalam skitel...haha2..mcm2 ragam sampai aku pun naik teruja nak main sama ;)

Wednesday, October 08, 2014

Aktiviti kelas kraf dan kreativiti Hang Lekir..

aktiviti membuat "paper bag" yang ditunjuk ajar oleh cikgu Santi a.k.a my partner untuk kelas MPV...
Kalau ikutkan kami dah plan nk wat aktiviti lain hari ni tapi memandangkan banyak kekangan,kami tukar ke aktiviti ni..

Tuesday, October 07, 2014

Setelah sekian lama...

ni meja kerjaku...

Setelah 4 tahun aku berkhidmat, baru kali ni aku ada meja sendiri...bukan tak ada meja untukku tapi aku lebih suka untuk duduk lepak bersama dengan murid-muridku...almaklum la aku kan cikgu pendidikan khas, hidup aku ngan rakan-rakan aku mesti kalau boleh nak sentiasa bersama-sama mereka...
Namun, untuk sekian kali nya..aku ngan rakan-rakan seperjuanganku perlu berubah...bukan kehendak kami tapi menggunakan slogan "kami yang menurut perintah"...

Sekarang ni kami dalam penyesuaian diri...mengemas meja, membuat perkara yang sepatutnya..

Aku teringin kembali untuk mencoret sesuatu...

aku bersama dengan pengarang jantung hatiku...yg sentiasa memberi kekuatan utk aku terus hidup bersemangat...tanpa mereka aku takkan mengecap kebahagiaan...

Monday, October 06, 2014

Anak buah aku


Nama budak ni Izzat Akid

Wednesday, August 01, 2012

teringat kenangan lama semasa bersilat di UUM...

Assalamualaikum pembuka bicara...agak lama aku menyepi,nasib baik masih boleh login lagi kalau tidak berkubur jawabnya blog ni...
tak ku sangka ari ni malam ni di bulan ramadhan puasa yang ke-11 tahun 2012,ati ku terdetik untuk mencoret sesuatu di blog ni..aku terjumpa gambar lama aku time belajar di u dulu2...tak ku sangka juga selama 3 tahun aku belajar di UUM, aku pernah belajar silat selama 4 semester...

nak di jadikan cerita, semasa aku nak jawab panggilan u tu ada disertakan pilihan ko-kurikulum yang perlu diambil semasa study di sana..fikir punya fikir aku pun pilih silat gayung untuk pilihan pertama, sebenarnya jauh dilubuk ati ni nak pilih tarian tapi sebab malu yang menebal aku pedam je la hasrat tu hihi2...menurut abg ipar aku a.k.a abg yi, baik abik ko-kurikulum yang beri manfaat seperti seni mempertahankan diri..ikutkan dia,dia nak aku abik silat cekak tapi time aku tu ada silat gayung je, so aku bantai je silat gayung janji silat...

banyak pahit manis  aku harungi selama 4 sem aku belajar silat..dari tali pinggang putih, jadi hijau, jadi merah dan yang last sekali merah ada calit kuning kat hujungnya. Menurut cikgu aku, kalau tak silap aku cikgu Ismail...dia ada mengatakan kepada kami semua yang seangkatan dengan aku, sesiapa yang dah memiliki tali pinggang merah calit kuning orang tersebut dah layak untuk menjadi pembantu jurulatih silat....itu untuk yang berkemahiran la..yang macam aku ni, hanya ada tali pinggang sebagai koleksi je sebab aku tak pandai silat pun..aku belajar silat untuk dapat markah ko-kurikulum je hehe2.. :P

ni semasa kegiatan luar kampus (KLK) silat gayung iv di Pedu Lake Resort Kedah (4-5 Mac 2005)

tapi jangka salah sangka, ingat nak dapat tali pinggang tu senang2 ke, aku & the geng terpaksa abik ujian gredding(xtahu ejaan yg betul huhu2..) dulu baru boleh lulus dan dapat naik peringkat silat...aku ingat lagi masa mula-mula sem 1 aku belajar silat, aku tak sangka ia punya warm up kena baring, terlentang dan macam-macam lagi la yang menyebabkan aku terasa malu nak buat...malah aku kena lompat berguling-guling la...lawak pun ada masa tu....tapi lama kelamaan aku kikis perasaan malu tu untuk aku lulus ujian dan untuk buktikan juga kepada semua orang walaupun aku ni spesis lembik tapi aku boleh buat...sepanjang aku belajar silat, aku & the geng kena tunjukkan bunga & buah silat kami kepada umum untuk dinilai dan diberi markah..alhamdulillah berkat usaha kami bersama, aku & the geng dapat habiskan 4 sem ko-kurikulum ngan jayanya....
*ada beberapa keping lagi gambar silat yang aku ingin kongsikan namun aku perlu mencari di mana aku simpan gambar2 tersebut ...k adios :)