Friday, May 22, 2009

cup cake kukus...

sebenarnya dah lama aku nak posting resepi kek coklat kukus ni tapi tak kesempatan...ni pun tak yempat gak sebab ada orang yang perlu diseliakan...kejap nak tekan keyboard, kejap nak pegang printer, kejap nak panjat kerusi...terlebih selia menangis..almaklum manja lebih...jawabnya kena berhenti menaip buat pe yang patut lu...

'cup cake' coklat kukus

BAHAN-BAHANNYA:
  • 3 biji telur (gred A)
  • 1 3/4 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 tin susu sejat
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan air (untuk membancuh serbuk koko)
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 2 camca teh baking powder
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanila
* semua bahan diadun dengan sebati dan dikukuskan selama 15 minit sahaja.

Untuk membuat toppingnya pula:
-coklat masakan
-serbuk koko
-susu pekat
-sedikit air
*semua bahan dimasak diatas api

Aku harap suatu hari nanti aku boleh buat sendiri kek tersebut...sebenarnya, kek itu jiran aku yang bagi..sedapp...2 biji tak cukup...kebetulan pula aku memang peminat kek, memang langkah kanan aku p ke rumahnya...entah la, jadi ke tak nanti aku buat sendiri sebab aku rasa senang je..kalau jadi, hari lahir Irfan nanti tak yah la kami susah-susah belikan kek untuknya..almaklum ibu dia dah pandai buat sendiri hihi2...untuk kak Wani terima kasih bagi resepi tu...kalau buat lagi, bagi la lagi kat kita k...selamat mencuba..

p/s: keputusan mahkamah rayuan telah memihak kepada Zamri..jadi dia la Menteri Besar Perak yang sah..buat Nizar jangan bersedih, pasti ada hikmah di sebalik kejadian.

4 comments:

Bonda said...

la aku ingat ko mu buat sendiri,mano la tahu kot2 mu terlampau rajin tapi.....hok jiran bagi.apa dar mu ni?:)

e.l.i.s.s.m.i.e said...

ish..ingat buat sendirik tadi..baru nak teruja..hikss..nampak sedar btol..

Shahida said...

eeeeeee..suka kek coklat gakkkkk

ctlinda said...

utk bonda&eliss:ala..keinginan nk wt sendiri tu ada tp lum sampai seru lg la hihi2..eliss kek tu mmg nampak sedap&rasa ia pun sedapp...
utk ida:sama la kita..nanti klu ida wat..mintak sikit huhu2