Tuesday, May 26, 2009

pasal inteview aku semalam....

tengah ari semalam aku temu duga DPLI kat INTEC Uitm Shah Alam...temu duga start pukul 2 petang tapi aku terlewat 1/2 jam lebih dari masa yang sepatutnya..kalut juga la sebab sampai je acara temu duga dah bermula, pahtu ada 1 borang yang perlu di isi dan orang yang bagi borang tu ada kat dalam bilik penemu duga...berdebar-debar gak hati aku kot-kot dah tak nak terima kehadiran aku..dah la tu, pen pun aku tak bawa...masa aku sampai tu, orang yang ke-4 dah ada kat dalam bilik tu..nasib baik aku orang ke-8..dan nasib baik juga la, ia ikut sistem cam tu...hihi2 selamat...

Tunggu punya tunggu..tup-tup kuar la seorang perempuan yang tukang bagi borang tu...muka dia semacam je pandang aku..kebetulan pula pada masa tu, Irfan dan hubby aku ada juga turut serta memberi sokongan padu kat aku...caya la, mereka tunggu kat depan bilik temu duga sampai aku abis di temu duga...dapat je borang, pinjam pen dengan orang sebelah, isi borang terus blah...huhu2 aku ngan hubby nak p solat zuhur...

Selesai je solat kami terus naik semula ke tempat temu duga..lupa nak cakap bilik aku di temu duga di tingkat 3...kena panjat tangga..yang kesian hubby aku la sebab mendukung Irfan hihi3..tercungap-cungap aku...duk sekejap kuar la perempuan yang bagi borang tu nak cakap jap lagi turn aku...nasib baik sempat...

Ingat kembali apa yang berlaku kat bilik temu duga mengelikan hati aku je..hihi3 aku ni suka sangat wat lawak...kalu aku berjaya temu duga ni mungkin aku akan sambung belajar diploma dalam bidang pendidikan moral kat UPM...jadi isu temu duga yang ditanya pasal pendidikan moral la...aku main bantai je...sampai ada penemu duga tu cakap kat aku ''betul ka apa awak cakap ni Haslinda?'' huhu2 jawab aku lak ''itu pendapat saya la..."

Diaorang minta aku berlakon mengajar...minta aku tulis dan terangkan pasal rukun negara Malaysia kat white board..fuh!! nasib baik aku ingat..kalu tidak parah...sebenarnya, hubby aku ada terdengar apa yang aku cakap kat dalam bilik tu..dia cakap rukun negara yang ke-2 ialah kesetiaan kepada raja dan negara tapi aku tulis kepercayaan kepada raja dan negara..huhu2 bantai la sebab aku rasa penemu duga pun tak terperasan aku tersilap tulis hihi2...

Habis je aku berlakon...kuar pula bab pasal baby..diaorang tahu aku ada baby...jadi diaorang bagi situasi boleh ke aku bagi komitmen 100% kepada pembelajaran aku lepas ni sebab diaorang cakap tempat tinggal aku ngan UPM jauh...aku dengan penuh yakin dan semangat kata ya!!

berharap sangat dapat DPLI ni tapi kalau tak dapat yang ni aku usaha lagi...peluang masih ada...

4 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

apa syarat nak mohon DPLI ni?harap2 dapat laa apa yang dicita2 kan k!good luck!

Shahida said...

owh linda dpt interbiu eh??? ida gak xpernahnya dpt..kpli pun sama..linda dh baper kali dpt interbiu eh..

Bonda said...

GOOD LUCK!!!!.....

ctlinda said...

utk eliss:ada ijazah sarjana muda xkira kos pe le mohon..harap2..thanks

utk ida:3 kali dh dpt tmasuk yg ni..xpe cuba lagi slgi ada peluang..kpli xpernah pass examnye

utk bonda: thank you