Thursday, May 14, 2009

Irfan boleh buat sendiri...

dah lama aku tak cerita perkembangan Irfan...pertengahan bulan ni, Irfan akan genap 10 bulan...perubahan yang aku nampak dia semakin hari semakin lincah tapi merangkak dan tanda-tanda nak berjalan masih belum tertonjol dalam dirinya...yang terbaru dia boleh buat meniup wisel mainan, mula-mula aku ajar cara meniupnya, pahtu dia cuba dan aku terdengar bunyi tiupan wisel tu cuma bunyinya tak kuat...1 perkembangan positif darinya...


dan aku juga sudah tahu makanan ringan kegemarannya..iaitu kacang..pada mulanya aku risau juga takut dia tercekik, jadi aku gigit dulu baru aku beri kat dia makan, tapi lama kelamaan dia dah pandai kunyah sendiri, aku bagi sebiji dan lepa mata aku, dia kunyah dan buka sendiri kulit kacang tersebut...penuh mulut dia makan...Irfan dah pandai juga memilih makanan apa dia nak makan, kalau dia suka, makanan tersebut akan di telan..kalau sebaliknya akan dibuang atau ditutup mulutnya...dari pemerhatian aku la, Irfan suka sangat makan carrot dan buah epal..ni antara makanan yang dia lambat jemu...makanan yan dia tak suka buah betik, kue tiaw, coklat dan masakan yang tak sedap rasanya...yang ni dia akan juihkan mulut dan tutup mulut...nasi pun nak makan sendiri abis bersepah...


badan dia juga still mantain la aku rasa..nak tahu berat dia yang terbaru 20hb ni kot aku akan bawa dia ke klinik..cuma badan dia penuh ruam terutama di belakang, punggung dan leher...macam-macam ubat aku taruk, emm..tak hilang-hilang juga tapi kurang la sikit...

ni rupa Irfan selepas jatuh kat dalam bilik air...ada la merah sikit kat dahi dan pipi kirinya...kebetulan pintu bilik air tak tutup dan dia pula dah lama mencuba untuk masuk ke dalam tu dengan walkernya, akhirnya...kerana keterlekaan aku sekejap je terus waou!! dalam bilik air....

sekarang ni kalau tido je mesti nak buai...kalau sebelum ni, tido malam boleh diletakkan di atas tilam tapi la ni lepas menyusu je perlu dimasukkan ke dalam buaian kalau tidak Irfan akan berpusing-pusing, merengek-rengek dan takkan tido...keje aku mengenyut buai...kat dalam buai pun tak duduk diam...lambat sikit aku angkat dia kuar dari buaian, dia akan berusaha untuk kuar sendiri...jadi untuk mengatasi masalah tersebut, pada mulanya aku simpul kain buai ngan getah dibahagian atas dan hujung kain..ingatkan berkesan tapi tak, kaki Irfan kuat jadi dia berjaya melucutkan simpulan getah dibahagian bawah kain buai...kat bawah buaian lak aku letak toto untuk elak dia terjatuh terus ke lantai...

nasib baik aku dan hubby sudah beringat awal-awal...pagi semalam Irfan dah berjaya kuar sendiri dari buai...tika tu, aku sedang mandi nak solat subuh dan hubby aku lak lum balik keje kebetulan dia shif malam...tetiba woo oo....getah yang aku ikat kat kain tak tahu ke mana...syukur Irfan tak apa-apa...tapi kecut juga perut aku...

penyelesaian aku untuk menggantikan getah ialah tali rafia...aku telah menjalin tali tersebut seperti di dalam gambar tu...petang tadi aku perhatikan Irfan sedang berusaha juga untuk kuar dari buai...jadi la ni aku kena lebih peka mendengar suara Irfan jika dia berada di dalam buai...aku risau juga takut sampai dia besar pun nak tido dalam buai..aku takut kain buaian tu tak muat dengan dia huhu2 parah la aku ngan hubby aku pasni...

4 comments:

mek da ©™ said...

heheheh..pandainya irfan...
montel tol...geramnyaaaa

Eliss said...

maintain erk badan awak..saya dah kurus sket sebab saya dah melasak :D saya tak suka tido buai tapi mak pengasuh saya selalu masukkan saya dalam buai :D awak jangan nakal2 tau, nanti jatuh buai!

xoxo,
Nuha

ctlinda said...

utk ida: adam pe kurangnya..geram nk cubi pipi
utk eliss(Nuha): oo..Nuha nak jaga badan ye...nanti ummi awk xyah susah2 atar Nuha p rawatan slim huhu2..bestnya klu Irfan cm Nuha xnk duk buai..hrp2 Irfan dgr ckp Nuha

Cik Aimi Husna said...

hihi cam2 kerenah la bdk2 nih.stp mak mesti ada masalah dgn baby dia.kena bertahan skit je layan kerenah.esok diorg besar mesti kite rindu sume ni