
Inilah first time Irfan datang ke PD. Tahun lepas masa aku dan hubby datang ke sini, Irfan masih kat dalam perut aku lagi, dalam 7 bulan. Irfan tentu boring yang amat asyik terperap ajer kat rumah. So kali ni kami betul betul berjalan. Dari utara hingga selatan, nyaris2 tak pergi Johor jer.

Untuk ke Port Dickson, dari Sepang boleh ikut jalan ke Sungai Pelek, kemudian terus ke Lukut dan terus masuk PD. Kami datang naik highway Seremban-PD (tol mahal beb.. RM 3.20) sebab kami pergi ke Mantin di Nilai dahulu. Kami balik ikut Sepang , jalannya bengkang bengkok, tapi still ok sebab dah agak dekat. Dari Sepang terus balik ke Telok Panglima Garang.




kepenatan kami makan 'buah langsat' di Melaka tidak menghalang kami menghabiskan cuti sebaik mungkin di hari ke 2 kami di PD...abis je breakfast kami terus memulakan aktiviti pertama kami melawat kawasan..fuh! cam Yb baru hihi2...kami jalan-jalan ke kolam renang, melihat pantai dan menerjah ke hotel bersebelah ngan Regency...hotel Selesa Beach Resort..kami lepak-lepak kat sana...sebenarnya kami nak mandi kolam di situ huhu2...kolam kat hotel tu tak
ketat sangat peraturannya..mandi leh pakai baju biasa..pagi tu kami tak jadi mandi di kolam Selesa..tapi kami mandi di kolam Regency...aku dengan selamba mandi di kolam tu pakai baju biasa tup-tup..mai guard dia tegur aku ngan non verbal minta aku kuar dari kolam tu...aku bengang gak sebab ada perempuan tu pakai baju biasa tapi tak bertudung bukan main lama berendam kat kolam tu tak pula tegur...tak patut tak patut.


Irfan bukan main seronok lagi dapat makan angin, maklumlah selalunya asyik dok terperap jer kat rumah.











Ni pulak kat depan restoran. Mahalnya makan kat sini. Kari kepala ikan jer dah RM 50 lebih. Itulah sebabnya kami hari2 makan kat kedai tepi jalan di PD jer.

Hari selasa kami bertolak pulang ke Telok sebab malam tu hubby aku akan kerja. Kami sampai di Telok dalam pukul 1.30, makan dan sampai di rumah dalam pukul 2. Syukurlah semuanya selamat dan lancar walaupun ada sedikit pengalaman yang agak menakutkan kami.
2 comments:
bestnya irfan bercuti....x ajak cikni pon...x per bila balik cikni pon nok gi jugok.(3thn lg kot)
mai la xsabar Irfan nk jupo cikni sekluarga
Post a Comment