Tuesday, April 21, 2009

Nightmare di Melaka...

kali ni panjang sikit entry aku sebab aku nak cerita pengalaman yang mencabar dalam hidup aku yang turut sama dialami oleh Irfan dan hubby aku...

Melaka?...bila dengar je nama tersebut aku jadi fobia..risau takut perkara sama akan berlaku lagi kepada aku sekeluarga...

Hujung minggu baru-baru ni, hubby aku telah membawa kami sekeluarga bercuti ke Port Dickson...kami menginap di Regency Hotel Tanjung Tuan selama 3 hari 2 malam...dan semasa perjalanan ke Tanjung Tuan untuk check-in, kami telah mengambil keputusan drastik untuk pergi ke Melaka...sebabnya menurut hubby aku hari tu adalah hari last PC fair di Mahkota Parade Melaka..aku pun memberi dorongan la sebab dah lama teringin nak ke sana walaupun hari dah petang..seingat aku, time tu dah pukul 4 petang lebih...tanpa berfikir panjang selepas ambil kunci bilik kami meneruskan perjalanan kami ke Melaka.

Dengar khabar PD dan Melaka dekat...ya memang dekat tapi untuk ke Mahkota Parade yang berada di Bandaraya Melaka ia adalah 1 perjalanan yang aku rasa amat jauh seperti PD berada di puncak utara negeri Melaka manakala bandaraya tersebut berada di hujung selatan Melaka.

Pada mula perjalanan semuanya masih ok...kami melalui jalan Lukut dan Linggi...setiap laluan kiri dan kanan jalan adalah hutan serta ladang kelapa sawit...kami teruskan perjalanan sehingga jumpa daerah Masjid Tanah Melaka..ingatkan dah sampai tempat yang ingin dituju, rupa-rupanya masih jauh lagi..disebabkan terasa jauh hubby aku dah rasa teragak-agak untuk teruskan perjalanan ke Mahkota Parade tapi memandangkan kami dah berada jauh aku minta teruskan juga...akhirnya kami sampai juga ke Bandaraya Melaka...dalam mencari Mahkota Parade kami telah tersesat...boleh la 4/5 kali kami melalui jalan yang sama..untuk makluman tak sangka bandarnya mengamalkan laluan jalan sehala..bila dah tersilap jalan kena cari jalan lain jika untuk pusing balik..begitu la yang terjadi kepada kami.

Dalam kepenatan mencari tempat PC fair tu, kami telah mengambil keputusan minum petang di Restoren Subaidah...kesempatan itu kami bertanya kepada pelayan yang serve kami jalan nak ke sana..ok, mula-mula faham tup-tup kami tersesat sekali lagi...ikutkan kami dah berputus asa tapi alang-alang kami datang jauh kami teruskan juga niat kami tu...hubby aku telah mengambil keputusan bertanya kepada pekerja stesen minyak pula...akhirnya kami jumpa..patut la kami tak jumpa Mahkota Parade awalnya, sebab bangunannya tak de papan tanda nama pahtu nampak cam bangunan lama..tanpa berlengah kami pun mencari pc fair tersebut...sebenarnya hubby aku nak beli broadband maxis kat situ tapi tak jadi sebab liputannya tak menyeluruh hanya tempat-tempat terpilih sahaja..so kami balik dengan tangan kosong..dalam pukul 8 malam lebih kami bertolak balik..

maka..bermula la nightmare dalam hidup kami...mula-mula kuar dari Mahkota tu air cond keta tak hidup dan lampu kereta tak nyala...hubby aku cuba hidupkan lampu dan ia bernyala tapi malap...kat tengah bandar ok lagi sehingga la sampai ke kawasan kampung..dengan tiada cahaya lampu jalan serta bulan kami redah jalan dengan perasaan penuh risau...kami hanya bergantung dengan lampu hazard sahaja..sesekali ada juga kenderaan lain yang lalu lalang...kami teruskan perjalanan dengan perlahan sampai la kami sekali lagi tersesat betul-betul gelap iaitu di dalam ladang kelapa sawit seingat aku nama tempat tu Ramuan Kechil China..aku pun pelik gak camane la diaorang leh letak nama tersebut...dengan perasaan berdebar kami teruskan perjalanan dan sesekali kami berhentikan kenderaan..hubby aku cam dah putus asa sehingga boleh dia memberi cadangan untuk tido di dalam kereta..aku tak nak..iya kami teruskan sehingga kami ada berselisih dengan kereta polis dan kami ingatkan diaorang akan membantu kami..rupanya dia wat dont know je..tak patut...

Dengan penuh cekal kami teruskan juga sehingga pukul 11 malam kami tiba di PD...syukur kehadrat Allah akhirnya kami selamat...pukul 11.30 kami makan di kedai..siap makan kami terus pulang ke hotel...lebih kurang kul 12 lebih kami tido...tapi rasa berdebar aku masih belum hilang lagi sehingga ke hari ini..

Moralnya, rancang dulu perjalanan dengan elok jangan terburu-buru dan pastikan kenderaan yang dinaiki dalam keadaan baik...

2 comments:

Bonda said...

Kete tu kena rasuah kot? penyakit bjangkit pak ali ketam.

Ayahcik (pinjam akaun)

ctlinda said...

jolo kali nyo..to sebab xmampu wat lampu jale di ladang kelapo sawit..nasib baik enjin ok