Thursday, April 23, 2009

Irfan berjemur di Tanjung Tuan PD

Tengok lah Irfan dengan stokin baru yang di beli di Melaka nie. Seronoknya dia.
Inilah first time Irfan datang ke PD. Tahun lepas masa aku dan hubby datang ke sini, Irfan masih kat dalam perut aku lagi, dalam 7 bulan. Irfan tentu boring yang amat asyik terperap ajer kat rumah. So kali ni kami betul betul berjalan. Dari utara hingga selatan, nyaris2 tak pergi Johor jer.

Tempat kami menginap ialah Regency Tanjung Tuan , terletak bersebelahan Selesa Resort Port Dickson. Dari Bandar PD dalam 8km saja. Rumah Api Tanjung Tuan pula terletak dalam 7 km ke depan, jalan ke Melaka. Melaka masih jauh lagi dari sini, dalam 85 km. Jalan dia pulak agak kampung dan takder lampu jalan (Lihat posting sebelum untuk cerita lanjut).
Untuk ke Port Dickson, dari Sepang boleh ikut jalan ke Sungai Pelek, kemudian terus ke Lukut dan terus masuk PD. Kami datang naik highway Seremban-PD (tol mahal beb.. RM 3.20) sebab kami pergi ke Mantin di Nilai dahulu. Kami balik ikut Sepang , jalannya bengkang bengkok, tapi still ok sebab dah agak dekat. Dari Sepang terus balik ke Telok Panglima Garang.


Ni sebelah petang, dah redup sikit kami sedang bermain di kolam Selesa Resort yang lebih besar dan privacy, kolam di Tanjung Tuan pula (bawah) kecil sedikit. Masa ni orang yang menginap tak ramai.

Irfan merengek sebab tak suka pantai, yer nak dok kolam jer. Kalau bawak ke pantai, kejap jer, pastu mula la nangis.
kepenatan kami makan 'buah langsat' di Melaka tidak menghalang kami menghabiskan cuti sebaik mungkin di hari ke 2 kami di PD...abis je breakfast kami terus memulakan aktiviti pertama kami melawat kawasan..fuh! cam Yb baru hihi2...kami jalan-jalan ke kolam renang, melihat pantai dan menerjah ke hotel bersebelah ngan Regency...hotel Selesa Beach Resort..kami lepak-lepak kat sana...sebenarnya kami nak mandi kolam di situ huhu2...kolam kat hotel tu tak ketat sangat peraturannya..mandi leh pakai baju biasa..pagi tu kami tak jadi mandi di kolam Selesa..tapi kami mandi di kolam Regency...aku dengan selamba mandi di kolam tu pakai baju biasa tup-tup..mai guard dia tegur aku ngan non verbal minta aku kuar dari kolam tu...aku bengang gak sebab ada perempuan tu pakai baju biasa tapi tak bertudung bukan main lama berendam kat kolam tu tak pula tegur...tak patut tak patut.



Irfan bukan main seronok lagi dapat makan angin, maklumlah selalunya asyik dok terperap jer kat rumah.

Bila kat kolam bukan main seronok lagi Irfan. Ni waktu pagi masih panas, takleh mandi lama2. Petang kami kuar cari pelampung untuk Irfan, hubby aku tak larat nak dukung Irfan.

Ni pula kat bandar Port Dickson. Harga makan dia ok la. Kami makan kat restoran melayu Asam Pedas. Orang Negeri memang suka pedas2 ni. Pastu kami singgah Pizza Hut dan beli bungkus bawa balik ke hotel.

Irfan dengan pelampung, beli kat bandar Port Dickson RM15. Kami survey jugak baju renang muslimah. Mak datuk punya lah mahal. Sampai seratus lebih tu. Takpe lah, biar aku pakai jer mana 2 baju yang ada. Nasib baik kat Selesa ni takder guard time petang. Aku mulanya tek berani sangat, tapi hubby cakap tak ada apa, bukan salah apa pun, just mandi jer. (walaupun kami menginap hotel sebelah?) Apa pendapat anda?

Kolam Tanjung Tuan sedikit kecil, kalau orang tak ramai ok la..Yang sebelah kiri hubby tu dalamnya 9 kaki. So dia pun tak berani. (dia tak pandai berenang pun..) Petang tu ada staff DCA mandi2 dan jatuhkan spek mata salah seorang dari mereka. Nasib baik ada guard yang terer menyelam dan tolong ambilkan. Spek mata pun mahal kan, so moralnya, jangan la pakai spek bila mandi manda kat swimming pool.
Irfan takut2 main kat pantai. Kalau di bawa ke tengah, menangis la dia. Kebetulan ombak pantai pulak agak kuat.

Ni pulak kat depan restoran. Mahalnya makan kat sini. Kari kepala ikan jer dah RM 50 lebih. Itulah sebabnya kami hari2 makan kat kedai tepi jalan di PD jer. Inilah pemandangan laut Selat Melaka dari apartment kami menginap di tingkat 7. Waktu petang berombak agak kuat. Malam pula angin bertiup kencang.
Hari selasa kami bertolak pulang ke Telok sebab malam tu hubby aku akan kerja. Kami sampai di Telok dalam pukul 1.30, makan dan sampai di rumah dalam pukul 2. Syukurlah semuanya selamat dan lancar walaupun ada sedikit pengalaman yang agak menakutkan kami.

2 comments:

ctkini said...

bestnya irfan bercuti....x ajak cikni pon...x per bila balik cikni pon nok gi jugok.(3thn lg kot)

ctlinda said...

mai la xsabar Irfan nk jupo cikni sekluarga