Saturday, April 18, 2009

aktiviti Irfan di masa lapang...





nampaknya, minat Irfan terhadap buku tak pernah pudar...dari dia mula-mula pandai pegang barang sampai la dia pandai duduk, minat terhadap buku, majalah atau apa-apa sahaja yang berasaskan kertas memang menarik minatnya...yang paling suka buku...pantang nampak buku je terus terkam...kalau dia menangis pun, abahnya akan memujuk Irfan dengan mengajak bersama-sama membaca buku...Irfan baca gak, tolong belek-belek, buka tutup kulit buku, pas tu pilih bucu-bucu buku yang sesuai untuk di gigit..almaklum nak test gigi kuat ke tak...

Irfan dah nak masuk 9 bulan tapi merangkak belum boleh lagi..tak nampak tanda-tanda macam dia nak merangkak..dia lebih suka meniarap dan bergerak seperti askar...cuma perubahan yang ketara ialah 4 gigi depan atas sudah mulai tumbuh..dah kelihatan keluar 2 batang gigi yang menghimpit 2 gigi kapak..aku nak juga tangkap gambar gigi Irfan tapi Irfan tak bagi la, mungkin Irfan segan kot kenaikan giginya sedikit ganjil dari biasa ibunya tengok hihi2...kalau tidak leh wat kenangan.

2 comments:

Bonda said...

9 bln x merangkak lg?....abe asyraf merangkak umur 11 bln,...sekejap je lepas tu jalan.

ctlinda said...

takut nk nurut abg asyraf kali nyo