Tuesday, July 01, 2008

masa sudah tiba...

malam ni aku akan bertolak balik ke kg halamanku...sepatutnya 26hb ari tu lagi aku balik tapi terpaksa ditangguhkan hingga ke ari ni gara-gara ada sebab yang tak leh dielakkan iaitu kesuntukan masa hubby aku....kali ni kami balik kg dengan bas..almaklum minyak naik,jadi terpaksa berjimat la..mujur tambang bas tak mahal sangat kalu tak rasanya kena naik yang lagi mahal la 'air asia' ke atau 'mas' ke...ialah dah naik harga sangat kita terus tempah yang lagi standard la..tul tak?
Aku balik kg ni bukannya ada apa-apa kenduri pun...dan bukan pulak balik bercuti pun..hubby aku tak de cuti la..ni pun kebetulan cuti keje hubby aku memang 2 ari..4 ari keje pagi balik petang pahtu dapat la 2 ari cuti..jadi leh mencelah la untuk balik kg. Aku balik sebab jangkaan aku untuk bersalin sudah dekat..kami berdua dah berbincang untuk aku melahirkan anak di kg,almaklum anak pertama tak de pengalaman,kalu di kg tu ada juga orang tua tolong berikan tunjuk ajar...hubby aku hanya hantar aku kat kg je,lepas tu dia balik semula la ke umah kami di Klang..aku lak akan tinggal di kg sehingga habis pantang...
Untuk my hubby...duk elok-elok kat umah tu sorang-sorang...mesti sunyikan..almaklum tak de orang yang akan teman untuk berborak dan ketawa...kena uruskan diri sendiri la lepas ni...kalu rindu selalu-selalu la balik kg ya..tak pun telefon dan mesej isteri ni huhu3 ;0) take care love u

1 comment:

Eliss said...

semoga semuanya selamat yer..kat kampung x leh update blog ker?nanti citer laa sket perkembangan terkini k..