Saturday, July 05, 2008

blog selepas berada di kampung....

dah seminggu aku kampung,ni la 1st time aku update blog aku. Aku rasa tak larat la nak buka laptop,kebetulan lak TMnet kat kampung aku ni slow,boring la nak kena menunggu je...
Banyak aku nak coretkan untuk blog aku kali ni sebab lepas ni aku mungkin berehat lama dari menulis blog ni...
Masa aku balik kampung ari tu,kami sampai pagi 2hb 7, kul 5 pagi..abg aku yang mai abik kami kat KB. Sepatutnya ari tu aku kena wat check up di klinik tapi aku tunda keesokannya kerana kami keletihan. Petangnya aku gi umah mak mertua aku. Kesempatan tu juga kami melawat nenek hubby aku sakit,cian dia dah berminggu sakit..aku tak tahu nak watpe,aku cuma urut2 dan picit2 badan dia je la.
Pagi 3hb 7 lak lebih kurang kul 9 lebih kami bertolak ke klinik desa kat kampung aku. Aku nak bersalin di sini jadi kena daftar kat klinik sini la. Kat klinik ari tu,bosan kami menanti,apa la orang bahagian makmal tu nak dekat 1/2 jam menanti...sabar je la...takpe kami berdua memang penyabar tunggu 2,3 jam lagi takpe. Petang tu lak aku jadi model fotografi,almaklum aku pernah minta kat hubby aku supaya tangkap gambar aku masa mengandung. Aku nak wat kenangan. Jadi petang tu hubby aku telah tunaikan hasrat aku tu. Lawak pun ada,letih pun ada dalam aku berposing untuk dapatkan gambar yang terbaik huhu2 terlebih interprin...Malam tu hubby aku bertolak balik ke Klang sebab esok petang dia keje,jadi kami terpaksa berpisah..
Semalam,8hb 7 aku kena check up kat klinik. Aku ada temu janji nga doktor. Kali ni tekanan darah aku ada masalah sikit,darah aku tinggi la 140/90. Tiga kali aku kena check BP,3 kali juga la resultnya sama tinggi. Sebelum ni ok je tekanan darah aku..tak tahu la ngapa. Risau gak aku,lebih-lebih lagi doktor nak hantar aku ke hospital jika aku ada tanda-tanda pening kepala yang teruk dan sakit ulu hati tapi syukur aku takde masalah tu. Oleh tu doktor telah meminta mici datang ke rumah aku setiap hari.
Hari ni pun sama,mici mai umah check BP aku tetap tinggi juga. Mici minta aku banyakkan berehat...aku rasa dah banyak berehat tapi tekanan darah sama je. Mungkin nak dekat bersalin kot..ada lebih kurang 2minggu lagi due date aku..harap-harap semuanya selamat. Hari ni pun cam dah terasa tanda-tandanya,ma aku cakap perut kita akan terasa sakit cam orang memulas-mulas nak buang air besar dan perut kita mengeras...almaklum takde pengalaman,mujur ma aku ada. Mici pun ada pesan kalu sakit wat pengiraan 10 minit setiap sakit dalam masa sejam,kalu 2 minit pula sakit memang nak bersalin la tu..kena selalu tengok jam la.
kerepek ubi 'Japanese sweet potatoes' ni aku wat sendiri..wat bekal time balik kg ari tu

karipap ni pun bekal time balik kg ari tu jugak


1 comment:

Eliss said...

dah bersalin ka blom??