Monday, May 12, 2008

teringat zaman muda-muda lu (la ni pun muda lg)

teringat lak zaman belajar kt u..ada lawak,suka,duka,cam ragam dan kerenah dilalui dan dilihat. Aku lu bukan le pelajar yang glamer pun...cuma gadis biasa yang terlebih cakap serta mempunyai sifat sedikit kalut je hehe3. Aku rasa sume orang perempuan yang satu course nga aku kenal aku. Aku ni suka sape menyapa almaklum nak mengeratkan silaturahim sesama insan. Walau pun aku banyak cakap tapi aku malu sikit nga kaum lelaki. Kalau aku jalan sorang-sorang aku dah tak toleh kiri kanan dah,aku tunduk je,malu katakan (iya la tu)....Kenalan lelaki kt u lu pun yang selalu group assignment nga aku atau tak pun yang selalu satu kelas nga aku. Aku sapa diorang pun jika ada hal penting je.

Peristiwa lawak yang aku pernah ingat ialah peristiwa semasa aku kat pentas. Aku lu ada la join 1 pertandingan nasyid antara blok kolej. Aku tak nak pun sebab sedar diri tiada bakat pun dalam bidang nyanyian tapi aku join gak demi kekawan. Masa kat pentas,aku duk dibarisan depan dan bahagian tengah...oh! perasaan berdebar tu tak leh nak oyat. Boleh dalam berdebar tu pengerusi datang bagi mikrofon kat aku. Dia bagi,aku tolak tanda tak nak,dia bagi lagi,kiranya aku kat pentas tu duk main tolak-tolak nga dia lu la sebelum persembahan berlangsung. Aku tak terfikir lak ngapa la dia bagi aku mikrofon,bagi la kat orang lain,rupa-rupanya aku kan duk dibahagian tengah,jadi aku kena pegang la mikrofon tu...lawak pun ada,malu pun ada.

Peristiwa yang mengumbirakan ati aku banyak kat u ni...dapat masuk u pun sudah mengembirakan aku. Dapat siapkan tugasan sebelum tarikh hantar pun leh mengembirakan aku,walau pun tugasan yang dihantar tu dah last minute. Lulus periksa pun aku gembira. Rasanya serba serbi la aku leh gembira kat u ni...aku ni jenis nak happy selalu,tapi tak la asyik nak berhibur cuma kalu boleh tu nak dengar dan melihat benda yang menyeronokkan je. Dapat hidup tenang,tak gaduh-gaduh dah cukup bagus.

Ada gembiranya pasti ada sedihnya..Pertama kali wat aku sedih kat u ni masa aku nak periksa paper pengantar psikologi sem 1..ialah bagi aku paper tu susah. Aku study bagai nak rak paper tu,tapi mungkin aku risau sangat aku dah lupa apa yang aku baca,jadi aku tak leh nak jawab. Aku balik bilik dan ternangis. Paper tu aku cuma lulus je,tak dapat kredit. Pahtu yang betul-betul menyedihkan aku peristiwa mendapat berita kematian ayah aku. Masa tu,aku sem4 kat u. Aku ingat lagi tarikh kematiannya beberapa ari nak raya cina. Aku tak sempat pun nak tatap wajah ayah untuk kali terakhir. Ayah telah dikebumikan semasa aku sampai. Ayah meninggal malam jumaat dan dikebumikan keesokan paginya pada ari jumaat 3/2/05. Ayah dah lama sakit,sebelum ni aku ada balik semasa cuti sem panjang nak masuk sem4. Aku fikir akan sempat balik cuti raya cina nanti sebab tiket dah dibeli,rupanya tak sempat. Aku berharap sangat ayah mengampunkan segala dosa-dosa yang mungkin aku telah menguriskan atinya. Aku berdoa agar ayah tenang bersemadi di sana...

Kalau nak cete pasal cete-cete sedih kat u ni banyak tapi tak nak la diingat kembali,biar la ia menjadi lipatan sejarah dalam hidupku..yang pasti aku telah berjaya menamatkan pembelajaranku dan berjaya memperolehi segulung ijazah. Keputusannnya tak la menghampakanku :0) .

No comments: