Saturday, May 10, 2008

tangisan tak berlagu...

ari ni aku sedih sangat...bukan ada orang yang menguris atau menyinggung perasaan aku pun tapi aku sedih sebab aku terlalu menghayati cete hindustan kat tv3 tadi. Aku tahu tu lakonan je bukannya cete betul tapi bila kita menghayati kisah dari lakonannya,betapa teruknya anak-anak yang tak pandai menghargai erti kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa mereka dalam membesarkan mereka. Mereka sanggup memisahkan ibu dan bapa mereka demi kepentingan mereka. Berpisah mereka bukannya bercerai berai tapi tinggal berasingan mengikut giliran antara anak. Bayangkan apabila ayah sudah pencen dan tiada harta kerana telah habis untuk membesar dan mendidik mereka hingga dewasa dianggap membebankan mereka.

Sepatutnya ibu bapa kita yang sudah tua dan masih mempunyai pasangan (suami/isteri) jangan dipisahkan mereka. Mereka saling memerlukan tidak kira dari segi kewangan atau emosi. Selain itu,sokongan daripada anak-anak juga amat penting,walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri,tanggungjawab terhadap ibu bapa jangan diabaikan. Mungkin mereka sudah tua tapi mereka juga masih mempunyai hati dan perasaan untuk disayangi dan dihargai oleh anak-anak dan pasangan mereka. Izinkan ibu bapa kita hidup bahagia dan gembira di usia tua mereka

No comments: