Saturday, January 01, 2011

tak sangka dah tahun 2011....

Assalamualaikum.... happy new year 2011 :)

lama aku menyepi tup-tup bila dibuka blog aku tak sangka dah lama blog aku terbiar tanpa coretan baru dariku...ngapa ya aku malas nk update blog ni hihi2.(kena list dlm azam baru ni,aku mesti rajin mencoret ni)

aku sebenarnya tiada kesempatan nak menaip,nak menaip kena time free je,kena tunggu anak tido baru berpeluang mengadap laptop..nak keluarkan idea menaip pun kena take time,ada benda nak dicoretkan tapi tak terluah oleh perkataan...banyak bonar la alasannye hihi2....

pahni kena keje lak...untuk pengetahuan semua yang belum tahu, aku dah dapat keje,dah xjadi suri umah dah..irfan aku dah hantar ke taska...syukur akhirnya aku x perlu menunggu pokok anggur yang x berbuah dah :)

apa yang pasti blog aku mungkin x akan di update selalu...tiada broadband tiada segalanya haha2....kla selamat menyambut tahun baru 2011 semoga apa yang diazamkan tercapai

Sunday, July 18, 2010

Berjalan ke Sunway Lagoon

Hari ni kami berjalan ke Sunway Lagoon Theme Park di Subang Jaya. Apa yang ada di Sunway Lagoon? Entahlah, yang pasti ia adalah tempat untuk sesekali orang2 kaya "membuang" duit. Apa taknya harga tiket nak masuk je dah RM 60 untuk setiap orang dewasa. Itu untuk 3 taman sahaja termasuk taman air. Kalau semua 5 taman, kena tambah lagi duit. Sewa pelampung RM 15. Sewa locker RM 5. Harga makan dan minum tak payah cerita, memang tak masuk akal. Harga setin air 100plus RM4. Nak bawa makanan sendiri tak boleh...tapi tak pe la asalkan Irfan seronok main air kat sana. Terima kasih for my hubby sebab dapat jugak aku & Irfan merasa bermain air di Sunway Lagoon :)

Ini antara tarikan yang ada kat Taman Tema Sunway Lagoon. Kat taman hidupan liar kami dapat tengok harimau, kuda, iguana, ular sawa, dan banyak lagi, tapi tak sempat nak ambil gambar sebab dah lewat. Kalau nak datang lagi ke taman tema Sunway kena fikir dulu banyak kali. Almaklum, harga tiketnya mahal sangat...

Sebelum masuk ke Sunway Lagoon Theme Park, kami singgah dulu di Chicken rice Shop.

Irfan betul2 penat berjalan hari ni. Balik jer dalam kereta dia terus "pengsan", sebab penat sangat main air dan lepas tu berjalan2 pulak kat Sunway Pyramid.

Wednesday, May 05, 2010

aksi Irfan di atas motosikal....

Ini antara gambar-gambar terbaru Irfan beraksi di atas motor yang telah ditangkap oleh abahnya diantara tarikh 27 April-01 Mei 2010...

Ibunya tengok terkejut...tak sangka Irfan boleh duduk di atas motor dengan pelbagai aksi tanpa perlu dipegang...risau ibu tengok.... layan lah gambar Irfan ni...