Sunday, July 18, 2010

Berjalan ke Sunway Lagoon

Hari ni kami berjalan ke Sunway Lagoon Theme Park di Subang Jaya. Apa yang ada di Sunway Lagoon? Entahlah, yang pasti ia adalah tempat untuk sesekali orang2 kaya "membuang" duit. Apa taknya harga tiket nak masuk je dah RM 60 untuk setiap orang dewasa. Itu untuk 3 taman sahaja termasuk taman air. Kalau semua 5 taman, kena tambah lagi duit. Sewa pelampung RM 15. Sewa locker RM 5. Harga makan dan minum tak payah cerita, memang tak masuk akal. Harga setin air 100plus RM4. Nak bawa makanan sendiri tak boleh...tapi tak pe la asalkan Irfan seronok main air kat sana. Terima kasih for my hubby sebab dapat jugak aku & Irfan merasa bermain air di Sunway Lagoon :)

Ini antara tarikan yang ada kat Taman Tema Sunway Lagoon. Kat taman hidupan liar kami dapat tengok harimau, kuda, iguana, ular sawa, dan banyak lagi, tapi tak sempat nak ambil gambar sebab dah lewat. Kalau nak datang lagi ke taman tema Sunway kena fikir dulu banyak kali. Almaklum, harga tiketnya mahal sangat...

Sebelum masuk ke Sunway Lagoon Theme Park, kami singgah dulu di Chicken rice Shop.

Irfan betul2 penat berjalan hari ni. Balik jer dalam kereta dia terus "pengsan", sebab penat sangat main air dan lepas tu berjalan2 pulak kat Sunway Pyramid.

No comments: