Saturday, May 09, 2009

Irfan join Hot Fm Mini Jam di Klang...

hari ni hubby aku mengajak aku dan Irfan ke Shah Alam..sebenarnya kami ke sana untuk mengambil barang-barang Husna adik ipar aku...next sem dia kena tukar umah sewa sebab kolej falkulti farmasi dah bertukar tempat dari uitm Shah Alam ke Puncak Alam..kat mana ya tempat tu??ntah...hihi2. Dalam perjalanan ke sana dari umah aku ke Shah Alam, kami lalu la depan Jusco Aeon Bukit Tinggi...tak sangka kami ternampak booths Hotfm dan terdengar suara Fara..rupa-rupanya mereka buat mini jam kat situ...kami tak singgah pun sebab dah terlewat..ya la janji kul 10pagi tapi kul 11 lebih baru sampai...tak patut..jangan contohi kami...

selepas masukan barang-barang Husna ke dalam bonet keta...

sesudah pulang dari tempat Husna tu kami menyinggah la ke Aeon Bkt Tinggi...sebenarnya hubby aku ada urusan bisnes kat situ..dah terlanjur sampai apalagi melencong la ke Hot Fm mini jam...waktu tu, dalam pukul 12 lebih orang masih tak ramai..aku hanya terjumpa DJ Tini dan Ikhwan je..aku tercari-cari gak Fara dan Faizal tapi tak de la..so, hubby aku ajak kami p menyatap dulu kat dalam Aeon...

Dalam perjalanan nak p makan tu..ada lak booth Maxis..terlekat kami kat sini sekejap...hubby aku telah menukar plan maxis dari perpaid ke pospaid...ambil yang murah-murah je..bukan pe nanti dah pakai line ni nak guna broadband Maxis senang...

Pilih punya pilih...terpilih la restoren RasaMas..ramai orang mungkin time kemuncak kot orang makan tengah hari..tengok moto diaorang 10 minit gerenti jamin untuk time menunggu...tapi tunggu punya tunggu naik berkeroncong perut aku..aku rasa nak dekat 1/2 jam menanti..sabar je la..aku tahu ramai orang dan diaorang tak cukup kaki tangan....ikut plan awal nak la tangkap gambar menu kami makan tapi disebabkan kelaparan dah kenyang baru kami teringat...time tu dah tak leh nak tangkap sebab semua pinggan dah sapu licin hihi2...

Selesai makan..hubby aku nak jumpa la kawan bisnes dia tu..tapi perlu ambil masa sikit..so, kami pun p solat zohor dulu di surau kat situ dan menerewang balik ke Hot Fm mini jam..tak sangka ada DJ Fara, Faizal dan Azura time tu, so aku tak lepaskan peluang la join sekali hihi2...nasib baik Irfan tak nangis..dan dia mungkin penat sangat sehingga tertido di atas dukung aku... Fara Fauzana in da house....
Faizal Ismail......

Nik Azura pun ada.....
Dan........ me with Fara Fauzana.
Happy sesangat dapat tangkap gambar dengan Fara Fauzana..aku tak mampu berkata hanya senyum meleber huhu2...


Fuh! kebetulan time cuti sekolah banyak anak-anak muda yang datang berpelesiran kat sini...aku rasa nak tergelak besar tengok diaorang berfesyen..ntah apa-apa ntah gaya..sungguh memalukan...bagi diaorang tu kira abis giler la bergaya tapi bagi aku, diaorang tu cam budak-budak baru nak belajar nak pilih pakai baju sendiri..aku tahu la aku pun bukannya cantik sangat berpakai..tapi gak berpada-pada la..korang bayangkan la selipar kat bilik tido di pakai di buat jalan-jalan..seluar getah yang ketat time panas terik..pakaian atas ok tapi kaki berselipir jepun yang dah lusuh aduh! la..yang pakai camtu tak lain tak bukan remaja Melayu..aku rasa diaorang ni kena jumpa perunding imej..tak pun aku cadangkan kementerian pelajaran tempatkan kaunselor imej di setiap sekolah agar para remaja dapat bergaya dengan lebih elok lagi agar tak nampak kolot..hihi2

3 comments:

mek da ©™ said...

fuyohhhhhh irfan jumpa fara!

Cik Aimi Husna said...

amboi sonot maknye bergambar ngan fafau!

kwn saya sorg ade ngajar kat fac farmasi tu.tanya husna kenal tak mashani.

ctlinda said...

utk ida: irfan tdo la time jupa fara

utk cik Aimi:emm..mmg sonot xtkata..nanti kita tanya husna