Sunday, May 03, 2009

breakfast di Putrajaya...

semalam..pagi-pagi lagi kami bersiap almaklum nak p breakfast di Putrajaya...pagi-pagi kami tu bukannya seawal selepas subuh bersiap dan terus bertolak...ikut plan pukul 9 pagi dah keluar dari rumah tapi nak dekat pukul 10 baru terkedek-kedek keluar hihi2..ni Irfan punya pasal la ni haha3 tak de la saja nak mekambing hitamkan Irfan...tak de la jauh sangat Putrajaya tu ngan umah kami...kami p sana ikut jalan Banting-Dengkil tak sampai 1 jam pun dah sampai...




Antara bangunan-bangunan yang terdapat di Putrajaya...aku terfikir gak buat apa la bina bangunan besar-besar cantik-cantik pula tu, buat membazir duit rakyat je...maybe strategi kot untuk menarik minat pelancong ke nak nunjuk antara keriakkan yang boleh dilihat di Malaysia..emm mungkin??

"apa la restoren ni dah la makanan tak beberapa sedap, mahal pula tu"...mungkin ini la ayat yang boleh digambarkan dari riak muka Irfan hihi2 dialog yang direka khas oleh ibunya haha3...

gaya seorang bos yang tidak puas hati dengan perniagaannya...sedang berfikir untuk memajukan bisnes...

errk...opps sowi...(kami xsendawa pun) tak sesedap mana pun ibu dan abah Irfan licin juga menyatapnya hihi2...nasi ayam+soft water(diganti ngan air mineral)=rm7.



berposing di sekitar Putrajaya...rasanya orang yang datang kat sini semata-mata nak bergambar cam aku kot...ramai gak aku tengok pelancong asing yang tangkap gambar..ada yang aku sempat tengok tu, 1 pasangan tangkap gambar sambil makan udang galah yang besar siap buat gaya nak makan lagi huhu2 lawak...

ni on the way ke Alamanda Shopping Centre...dah puas berjalan di sekitar dataran Putrajaya kami menyinggah pula ke Alamanda...saje je nak window shopping..niatnya camtu la mula-mulanya...pahtu terbeli gak hihi2 kebetulan pampers Irfan dah habis..kat dalam tu ada pasaraya Carrefour dan Parkson...

sambil tunggu ibunya kuar dari toilet abahnya membiarkan Irfan lepak-lepak kat keta mainan

kat Alamanda ni banyak outlets yang jual barangan yang berjenama...antara kedai yang kami window kedai MotherCare..wah! kedai ni tak de barang berharga seringgit dua..ia start ngan harga puluh-puluh sehingga ratus-ratus...misalnya harga stokin kat dalam gambar tu paling murah pun aku rasa rm29.90
dah penat exercise kami berhenti berehat menyantap ais-krim Basken BR Robbins...mahal juga la tapi nak merasa punya pasal..kami pilih yang paling murah dan kecil..junior+1scoop+rm5.50...Irfan hanya makan konnya sahaja..ais-krimnya dia tak nak..sedap gak la..Irfan makan konnya sampai habis, ni nak menunjukkan kon tu sedap...hihi2

8 comments:

ctkini said...

amboi bestnya...irfan gi make pagi kat putrajaya x pelawa cikni pun...nanti cikni balik irfan belajo deh

ctlinda said...

utk cikni:bereh!!xde aral confirm boleh...

rumiza.rashid said...

huhu cantiknye baby chair itu.cam baby chair kat burger king.

irfan sonot eh jalan2?jgn ajar dia makan baskin robin.nanti kopak poket..hehe.bg makan eskrim mesia cukup ah.

btw baskin robin tu produk local tau.baskin anak robin punya...

ctlinda said...

utk rumiza:baby chair org punya hihi2..ya la..nasib baik irfan xmkn ais krimnya...ibu&ayahnya nk merasa..eh!betul ke ais krim tu produk local??wah!bangga ni (0_0)

mek da ©™ said...

linda..lama kita xchit chat kan..lps linda bersalin terus senyap..tetiba anak dh besar..keep in touch k..bahagia jumpa blog linda..leh kita share2 story

mek da ©™ said...

jgn lupa follow me n sign my guest book

Cik Aimi Husna said...

aunty linda, mama aimi bg info salah.babah la selalu kate baskin anak robin, dunkin anak donut.. konon2 sume org mesia punya.

nakal kan diorg!

ctlinda said...

utk ida:ya la lama kita myepi..org pun xsngka ida ada blog..org pun bukan slalu online..susah anak smakin mbsr
utk cik aimi:eh nakal tul mama & babah aimi ni hihi2..xpe skali skala nk wt joke meriah skt blog ni