Friday, February 27, 2009

halal di tengok, haram dipegang....

aku geramm....!!! aku geram sangat ngan jiran aku ni...ada ke patut pelihara anjing tapi dibiarkan bebas merayap masuk ke umah orang...yang aku bengang lagi anjing dia ni suka sangat masuk ke halaman umah aku....eee..memang tak patut...jiran aku tu suka sangat pelihara anjing yang bertubuh kecil, dulu sebelum ni pun anjing dia pernah masuk bermain-main di halaman umah aku, ia masuk melalui lubang pintu pagar, kat situ aku dah bengang dah tapi my hubby telah menyelamatkan keadaan meletakkan jaring besi di pintu tersebut....fuh! lega...tup-tup lama dah senyap ada lak anjing baru, anjing yang lebih kecil dari sebelumnya...sama besar ngan kucing..aku tak kisah dia pelihara binatang pe pun yang penting jangan ganggu ketenteraman keluarga aku..lebih-lebih lagi ngan binatang haram....aku pun tak faham, ngapa la binatang haram tu suka sangat mai umah aku..ke umah aku sejuk kot huhu2..

Terkejut aku petang semalam, anjing jiran aku tu berjaya masuk ke dalam umah aku melalui longkang umah...aku apalagi terus halau menggunakan suara aku...tapi ia wat tak endah je..aku naik angin aku buka pintu abik sebelah kasut my hubby pas tu aku lemper ke arahnya..mula-mula terkejut la tapi masih lagi tak berganjak...aku abik lagi sebelah kasut, kali ni lagi kuat lemperan aku nyaris-nyaris nak terkena, ia apalagi terus cabut...aku lak cepat-cepat cari sesuatu untuk tutup lubang longkang..mujur ada jaring besi yang ari tu masih berbaki sedikit & ada sepotong kayu..uhh...terasa lega sedikit masalah dapat di selesaikan...tapi aku perlu berhati-hati kerna anjing tersebut masih berusaha untuk masuk ke dalam umah aku.

Korang nak tahu waktu aku halau anjing tersebut, jiran sebelah umah aku tu yang bukan tuan milik anjing tu tapi 'tuan' suka bagi makan & layan anjing tu....senyap je duk dalam umahnya..mungkin terkejut kot dengan tindakan drastik aku..lantak la sape suruh pelihara anjing lepas bebas..nasib baik tak kena, kalu tak..tak tahu la...sepatutnya hidup berjiran ni biar la ada sedikit sifat sensitiviti dengan keadaan sekeliling..jangan lak nak hidup aman sorang-sorang...ada pahamm....

1 comment:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

ish..ada ker dilepas mcm tu..seb baik aku duk dikejiranan melayu..hihi