Monday, August 25, 2008

dah sebulan lebih aku dalam pantang...

Hari ni Irfan sudah berusia 32 ari…pagi semalam aku nga Irfan ada temujanji nga doktor di klinik desa kat kampung aku. Irfan sebab sudah genap 1 bulan dan aku sebab masalah tekanan darah tinggi aku..ikut hati tak nak aku gi ke klinik, ko orang tahu-tahu je la kena menunggu bagai nak rak baru sampai turn kita..dah la tu aku terpaksa menyusahkan abang aku yang nak pergi kerja tapi kena hantar aku ke klinik dulu…sian dia kena gi lewat kerja.

Setiap kali aku jumpa doktor pasti tekanan darah aku tak normal..pe lagi tinggi la beb!! Tapi tak pe la yang penting aku rasa sihat…lepas aku lahirkan Irfan tekanan darah aku masih tinggi jadi doktor sarankan aku makan ubat dan tekanan darah aku perlu diperiksa selang sehari oleh mici..sian kat mici-mici tu sebab diaorang kena selalu mai umah aku.

Semalam aku jumpa doktor,dia dah minta aku berhenti makan ubat tapi mici perlu mai setiap hari kat umah aku selama 2 minggu untuk tengok tekanan darah aku camane tanpa makan ubat. Irfan lak doktor check dia tak de masalah,berat badan dia pun dah bertambah,la ni dah 4.1kg sebelum ni masa lahir hari tu 3.2kg je..syukur Irfan sihat walafiat.

Hari ni mici mai umah check tekanan darah tinggi aku, so far tekanan darah aku tahap normal 120/80..syukur alhamdulillah harap maintain..aku tak nak dah makan ubat..sebab aku rasa diri aku sihat serta masih muda hehe2..muda ke..muda la baru je 20 an..esok mici mai lagi ke umah ku menjalankan tugasan mereka sehingga 2 minggu..pas tu aku kena jumpa doktor lak..harap-harap tekanan darah aku normal

2 comments:

elissmie said...

mana gambar bb terbaru??masih ada dikampung ker?

Bonda said...

pantang2 jgn sebut kuat2. ada hak pantang lebih lama dari tu :-)