Thursday, November 26, 2009

macam-macam Irfan...

rinduu...sangat kat Irfan...esok kita umat islam akan menyambut hari raya Qurban...sedih sangat sebab pertama kali kami tak beraya bersama-sama...kesian Irfan...maafkan ibu dan abah ya Irfan...


Untuk nak kurangkan rasa rindu aku, aku telah balik awal seminggu beraya ngan Irfan di kampung...aku balik sekejap je, malam 19/11 bertolak dari Tg.Malim dan 22/11 malam pulak bertolak ke Tg.Malim...aku ambil keputusan drastik, kebetulan hari jumaat kelas aku batal tapi assingment berlambak huhu2...tak sangka Irfan baru je sembuh daripada demam campak...masa dia sakit aku tak tahu pun...mungkin ma ngan abah tak nak aku risau, tapi orang kata naluri keibuan itu kuat...aku balik juga sebab asyik je teringat kat Irfan.


kesan dari demam tu, Irfan nampak susut sikit, kurang minum susu dan nasi tak makan...yang tak berubah, dia masih & bertambah lasak...happy sangat tengok aksi Irfan...macam-macam panggilan dah boleh sebut, antaranya abah,mama,nenek,atuk,yah,na...'ibu' sampai sekarang aku setia menanti. Perangai baru Irfan ialah sensitif, tak boleh tegur sikit, terus menangis...mungkin sebab dia berjauhan dengan kami,jadi dia nak perhatian.


Irfan juga suka sangat dapat kasut baru, siap pakai untuk main bola lagi...terima kasih kat ma tok sebab sudi hadiahkan kasut tu kepada Irfan..terima kasih juga kepada mereka yang sponser huhu2...




































































2 comments:

ctkini said...

rajin ank sdaro cik ni baca buku...nanti cikni pos buku ko irfan deh..

ctlinda said...

yo ko bestnya...xsabar nak dpt buku dari cik ni...