Saturday, September 05, 2009

aku jadi mangsa penyeluk saku...

hari ini aku balik ke Klang pulak...aku cuti sampai Isnin ni...aku balik sendiri dengan bas dari Tanjung Malim sampai la ke Taman Telok...sebelum sampai ke Taman Telok aku kena naik bas dari Tg. Malim ke Kuala Lumpur...dan nak dijadikan episod malang aku ialah masa aku nak naik bas ke Tmn. Telok di Central Market, handphone aku kena curi oleh penyeluk saku...
Kebetulan ramai orang nak naik bas...so aku pun turut sama la berasak...ada seorang lelaki tiba-tiba himpit aku...aku bengang juga la aku pusing badan aku membelakangkan dia tapi dia tetap himpit aku..aku tak syak la dia nak mencuri..pandai dia berlakon buat-buat nak cepat naik bas..tup-tup sampai turn dia nak naik bas, dia buat-buat tanya orang sebelah dia bas ni nak pergi mana..tup-tup terus blah...aku pun naik bas dan masa nak duduk aku rasa handphone aku dah tak de..aku letak kat poket sisi baju aku...dugaan di bulan puasa...nasib baik orang sebelah aku yang baru je aku kenal Hajar namanya, pinjamkan handphone dia untuk aku maklumkan kat hubby aku...sedih banyak gambar kenangan kat dalam tu, selain nombor telefon member-member dan familiku...
Aku menangis air mata darah pun handphone tu tak kan kembali...ni merupakan kali ke dua aku kehilangan telefon kerana dicuri...terasa cuai diri ini...tak tahu la bila handphone aku akan diganti...sedih rasanya...raya dah nak dekat telefon pula dah hilang...bukan rezeki aku..bagus orang tu, bulan puasa orang tambah pahala tapi dia tambah dosa...aku berharap Allah memberi petunjuk dan hidayah kat orang tu sebab mencuri barang orang lain...

2 comments:

rumiza.rashid said...

ala siannye.kuatkan hati la ye.xde rezeki.dugaan bulan pose.
slmt berpuasa dgn hati yg tabah ye

ctlinda said...

utk rumiza:tema kasih byk2..slmt berpuasa juga dan slmt myambut syawal yg bakal menjelma