Friday, June 19, 2009

akhirnya berjaya juga dapat DPLI...

syukur aku berjaya inteview hari tu..aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan Julai 2009 dalam bidang pendidikan khas (masalah pembelajaran)...kat UPSI... sedih, keliru dan dalam dilema..aku minta kat UPM dan UKM tapi tak sangka dapat luar dari Selangor...banyak yang aku risaukan terutama Irfan..aku tak tahu nak terima ke tidak tawaran tersebut...kalau aku tolak, tak tahu la akan ada peluang lain..kalau aku terima camane dengan Irfan, aku terpaksa berpisah dengan dia..aku risau siapa akan jaga dia bila ketiadaan aku..boleh ke pengasuh tu tahan dengan kerenah Irfan..ouh!! aku tak tahu...

Kalau aku terima, aku perlu mendaftarkan diri di Kolej Kediaman Harun Aminnurashid UPSI pada 2 Julai 2009 dari pukul 2.30-4.00 petang...aku rasa masa terlalu singkat untuk aku buat persiapan..ya persiapan dari segalanya..mental dan fizikal...yang aku tak puas hati juga, kos pendaftaran sebanyak rm250.00 perlu ditanggung sendiri oleh aku...cuma kos pengajian sahaja ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan...aku kebuntuan...

Ni kali ke-3 aku pohon DPLI...pertama sewaktu aku mula-mula mengandungkan Irfan, kedua semasa sarat nak melahirkan Irfan dan ketiga setelah kelahiran Irfan...boleh ke aku survive seorang diri di Perak selama setahun dan bolehkah hubby dan Irfan menjalani hari-hari tanpa aku disisi mereka..ooo..sedih ;(

5 comments:

Bonda said...

peluang tu jgn tolak,kalu mu tolak x tahu la bilo pulok mu nok bulih.irfan abah dia ke ado,buke jauh sangat pun hujung minggu bulih balik.mulo2 meme payoh...

p/s:org nak pokok nyour x nak ko atas dulu...

rumiza.rashid said...

alahai dilemanya.terimala.setahun saja.pejam celik dah abis.memula mungkin seksa anak jauh.hujung minggu je balik.upsi dgn klang pun xjauh da.sejam dua je.

gud luck.selamat belajar.irfan nak tgk mama dia berjaya.

Shahida said...

tahniah linda.ore tumpang gembira. sedih pun ader sbb ore ni xthu bila nk dpt.linda cukup bertuah kerana terpilih. jgn tolak lak...bestnya...peluang cerah doh tuhhhh..rezeki Irfan utk mama dia.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

kalo aku terima jer laa..anak tak po laa abah dier ada..leh laa tu handle..apapun bincang laa dulu dengan encik suami..

ctlinda said...

tema kasih sume yg memberi sokongan n smangat...ya saya akan sahut cabaran ni...2 julai tunggu aku upsi..