Wednesday, May 28, 2008

Jom p Utara pulok..




dah lama aku x update blog aku ni...almaklum le busy (wat2 busy)...24/05 baru-baru ni aku dan hubby p Penang,adik hubby aku kahwin nga orang sana. Kami p awal sehari sebelum ari kenduri,kami bertolak kul 3 petang dari Klang dan lebih kurang 8.30 malam sampai sana..kami tido kat rumah tumpangan Jawi. Tempat ni telah diuruskan oleh adik ipar aku. Dia tempah empat bilik,aku duk 1 bilik nga mak mertua,mak sedara dan 2 orang lagi sedara sebelah suami aku.
"TAHNIAH KAMAL & FARAH...semoga berbahgia selalu"

Kenduri kahwinnya 25/05..dia kahwin nga orang Kg. Sungai Bakap Nibong Tebal. Okla majlisnya,akad nikah di masjid kul 9 lebih,pahtu bersanding tengah arinya di rumah pengantin perempuan...syukur semuanya berjalan lancar. Ramai gak yang datang memeriahkan majlis tersebut. Mak mertua aku dan sedara mara yang lain yang datang dari kampung terus balik selepas majlis tersebut...tapi aku nga hubby aku tak terus pulang sebab penat semalam pun lum hilang lagi. Kami telah mengambil keputusan untuk singgah bermalam di Bukit Merah Laketown Resort,Perak. Kami lalu lebuhraya Utara-Selatan..Dekat je tempat tu nga Penang,kebetulan pula kami nak balik Klang pun lalu kawasan tersebut.

Sesampainya kami di sana,hujan turun nga lebat sekali...dah la kami pertama kali sampai kat Bukit Merah,merayap-rayap la mencari tempat penginapan. Lebih kurang 3 hotel kami survey untuk jadikan tempat bermalam. Mula-mula Palm View Serviced Apartment, lepas tu Suria dan yang last Marina villages. Antara ketiga-tiga tempat tersebut kami pilih Palm View sebab hotelnya lagi murah dari 2 tempat tu. Kami sewa studio. Bagi orang yang first time dengar mesti pelik ngapa sewa studio,bukan bilik..tu la pasal aku nga hubby lum ni pun tak tahu camane rupa studio tu. Rupa-rupanya studio tu ada katil,bilik air,tv,sink kiranya cukup lengkap la cuma dia dikenali studio sebab bila kita buka pintu utama dah nampak katil..kiranya ruang tamu dan tempat tido sekali tak terpisah..oic baru aku tahu.

Bila hujan dah berhenti kami wat keputusan untuk kuar tengok pemandangan di sekeliling Bukit Merah..ramai pengunjung yang datang mungkin kebetulan cuti sekolah kot. Bagi aku banyak alatan kat situ dah nampak lama,misalnya kereta mainan,tempat fun fairnya sudah nampak buruk..walau pun begitu ia masih mendapat sambutan..kiranya tempat tu masih glamer la. Ok la untuk bercuti seisi keluarga..banyak aktiviti yang disediakan untuk kita sertai. Keesokan paginya kami bertolak balik...

No comments: